Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan. Aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
Yang pertama. Aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam. Aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua. Aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
Sabtu, 2008 Ogos 16
7 PERKARA GANJIL
MALAIKAT JIBRIL A.S. JUMPA RASULULAH S.A.W.
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri... Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan mengembala kambing (akhirnya mampu) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu
Nota: Hadis kedua drp. susunan Hadis 40 anNawawi
Selasa, 2008 Julai 22
KAMU SEMUA ADALAH PEMIMPIN
“ Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinan kamu.
Seorang ketua adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
Seorang lelaki adalah pemimpin terhadap ahlinya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.
Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dia pimpin.
Seorang pembantu adalah penjaga harta majikannya dan dia bertanggungjawab terhadap tugasnya.
Seorang lelaki adalah penjaga harta ayahnya dan dia bertanggungjawab terhadap tugasnya.
Semua adalah pemimpin dan semua kamu bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin.”
Riwayat Al-Bukhari & Muslim
Khamis, 2008 Mei 22
THANK YOU
THANK YOU
FOR SIMPLY BEING THERE
ON THE CLOUDY DAYS......ON THE SUNNY DAYS......
THANK YOU
FOR SHARING YOUR JOY`S AND PAIN WITH ME
FOR SHOWING ME THAT I`M SO SPECIAL
THAT MY CONTRIBUTION COUNT
THROUGH OUR FREINDSHIP
I HAVE GROWN AS A PERSON AND I HOPE YOU HAVE TOO...
THANK YOU, THANK YOU
THANK YOU...... JUST FOR YOU
THANK YOU
FOR SIMPLY BEING MY FREIND
FOR THE SPECIAL MEMORIES
WE SHARE TOGETHER NOW
FOR THE NEVER ENDING SUPPORT YOU ALWAYS GIVE ME...
OH... FREIND
I WILL ALWAYS LOVE YOU
I CAN`T TELL YOU HOW MUCH THAT YOU MEAN TO ME
I PRAY FOR OUR EVERLASTING FREINDSHIP
NEVER EVER SAY GOODBYE TO YESTERDAY
CAUSE YESTERDAY WAS SO SPECIAL AND WONDERFUL
AND I HOPE TOMORROW WILL BE BETTER
THANK YOU .... FOR EVERYTHING
Sabtu, 2008 Mei 17
KENAPA AGAMA ISLAM ITU ISTIMEWA?
1. Agama dari Allah
agama Islam bukan dari falsafah kuno atau bersandarkan kepada tokoh--tokoh manusia, oleh yang demikian ianya sukar dicabar dan di ragui kesahihannya.kalau ada daya cabarlah.
2. Ajarannya bersifat Adil
contohnya persauadaraan antara penganut, tiada perbezaan warna kulit pangkat, semuanya di adili tanpa ada perbezaan , hikmah ihram haji sebgai contoh praktikal yang jelas , semunya memakai ihram putih tanpa ada perbezaan diantara satu sama lain. Adil menurut islam ialah meletakkan sesuatu perkara itu pada tempat dan haknya.sebagi contoh hak dan pusaka.sama rata bukanlah penentu segalanya.
3.Ajarannya adalah lengkap.
dalam Islam penganutnya di ajar dari perkara sekecil kecil seperti taharah(besuci) sehingga muamalat dan kenegaraan, yang tiada didapati didalam agama lain.Islam mempunyai panduan yang jelas lagi terperinci .
4. Islam agama yang Universal
Islam bukanlah hak orang arab, parsi atau umat melayu,Islam adalah agama yang universal, ia bukan sahaja memberi kesejahteraan kepada orang Islam itu sendiri atau pun manusia seluruhnya , malahan ia memberi kesejahteraan kepada alam, seperti binatang, tumbuhan, hatta gugusan bintang dan alam cakerawala.
5.Islam ajaran yang progressif dan dinamik
walaupun masa dan zaman berubah tetapi Islam tetap sesuai diamalkan sepanjang masa , tempat dan zaman..amalannya tidak berubah, malahan menjadi pemangkin kepada sesuatu tamadun dalam mengejar kemajuan . Islam tidak pernah melarang penciptaan teknologi yang memberi manfaat kepada umat manusia.Sejarah telah membuktikan di mana tamadun tanpa Islam akan membawa kehancuran semata., nilai kehidupan meruntuh dan lusuh.
6 . Ajarannya senang dan mudah.
contoh solat, boleh di lakukan di mana-mana asal tempatnya bersih, contoh lain ialah pakaian , Islam tidak mempunyai uniform tertentu,baju melayu ada, tetapi dalam Islam tiada baju Islam...cuma perlu menutup aurat dengan tatacara yang sebenar.
7. Tidak ada Paksaan
Islam tidak pernah memaksa sesiap pun menganut agamnya,sepajang sejarah, tidak pernah ada kes di mana Islam memaksa orang kafir menganut Islam , hatta secara halus sekali pun, Islam tidak pernah merasuah penganut agama lain supaya menganut Islam, sama ada dengan tipu helah, umpanan material, pangkat , harta benda, walhal terbukti dalam sejarah dan hingga kini agama lain sering menggunakan taktik kotor sama ada secara halus (umpanan material) dan paksaan kepada umat Islam supaya menganut agama mereka.. Kenapa ?Ini kerana Islam tidak mahu mewujudkan golongan munafik yang berpura-pura memeluk Islam walhal mereka ini akan mejadi ular yang amat bisa sekali, walau pun begitu mereka yang menganut agama Islam tidaklah boleh sewenangnya keluar dari agama Islam seumpama menukar baju, secara umumnya ia bertujuan memelihara kesucian agama Islam itu sendiri dari dipermain-mainkan dan juga setelah seseorang menganut Islam dia perlu secara serius mendalami ajaran yang dia anutinya ini, keputusannya untuk menganut ajaran Islam mestilah ikhlas serius, jujur dan benar.
SEDALAM MANA CINTAMU
Menurut Ibnu Qayyum didalam kitabnya Ad Daa wad Dawaa, setiap orang berbeza tingkatan cintanya terhadap Allah. Perbezaan ini tidak ada yang mengetahui secara pasti kecuali hanya Allah. Menurut Ibnu Qayyum lagi, seseorang tidak dianggap sebagai pemeluk agama Islam bila dihatinya tidak ada langsung rasa cinta ini.
Cinta mutlak inilah yang dapat melunakkan hati, meringankan beban, melenyapkan kebakhilan, menjernihkan hati, melatih jiwa dan dapat mendatangkan ketenangan hidup yang hakiki. Ianya juga adalah cinta yang dapat menerangi muka, melapangkan dada dan dapat menyebabkan hati menjadi hidup.
Tapi yang menjadi persoalannya ialah bagaimana kita hendak mengetahui cintanya kita kepada Allah ?
Seorang penyair ada menyebut didalam syairnya,
Jika engkau masih punya keyakinan
Bahawa aku mencintaimu
Mengapa engkau membiarkan suratku?
Cubalah renungkan
Kelazatan kata yang terkandung didalamnya
Begitulah juga antara sebahagian tanda-tanda kita mencintai Allah. Iaitu dengan mencintai firman-firmanNya. Menurut Ibnu Qayyum didalam kitab yang sama, jika anda ingin mengetahui kadar cinta anda kepada Allah, maka lihatlah betapa besarnya cinta anda kepada Al-Quran.
Saydina Uthman bin Affan ra juga pernah berkata,
“ Jika hati kita ini bersih, tentu tidak akan pernah merasa kenyang dengan firman Allah.”
Ternyata antara tanda untuk mendapatkan kelazatan di dalam mencintai Allah ialah dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran serta memahami dan mendalaminya selalu.Mungkin hadis sahih dibawah dapat memperjelaskan lagi betapa Al-Quran adalah sumber kebahagiaan yang abadi.
Rasulullah saw bersabda,
“ Tidaklah seorang hamba ditimpa kegundahan dan kesusahan kemudian ia berdoa,
‘ Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hamba lelakiMu dan anak hamba perempuanMu. Ubun-ubunku berada dalam kekuasaanMu. HukumMu berlaku padaku. Engkaulah yang adil dalam memberikan keputusan. Aku memohon kepadaMu, Ya Allah dengan setiap nama yang telah Engkau namakan Dirimu atau yang telah Engkau turunkan dalam kitabmu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada seorang makhlukMu, atau Engkau sendiri yang mengetahui alam ghaibMu, agar Engkau jadikan Al-Quran yang mulia sebagai penawar hatiku, cahaya dadaku, penghapus kesusahanku, pelenyap kegundahan dan keresahanku’
…melainkan Allah akan melenyapkan kegundahan dan keresahannya dan akan menggantikannya dengan kegembiraan.
Lalu para sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah hendaknya tuan berkenan mengajarkan kami.’
Rasulullah saw bersabda: ‘ Sebaiknya orang yang telah mendengarkan agar mengajarkannya.”
(Sahih, Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)
Dan akhir sekali sudahkah anda menilai kembali sejauh mana cinta anda kepadaNya? Jika belum, alangkah eloknya jika anda jadikan hari ini sebagai permulaannya.
Sebagaimana kata Pythagoras, philosopher Greek pada tahun 570BC dulu,” The beginning is half of everything.”
STUDENT & PROFESSOR
Maybe someone have read this conversation before… but it’s really good to think about it..
An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, the Almighty. He asks one of his new Muslim students to stand and.....
Professor : You are a Muslim, aren't you, son?
Student : Yes, sir.
Prof. : So you believe in God?
Student : Absolutely, sir.
Prof. : Is God good?
Student : Sure.
Prof. : Is God all-powerful?
Student : Yes.
Prof. : My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? Hmm?
(Student is silent.)
Prof. : You can't answer, can you? Let's start again, young fella. Is God good?
Student : Yes.
Prof. : Is Satan good?
Student : No.
Prof. : Where does Satan come from?
Student : From...God...
Prof. : That's right. Tell me son, is there evil in this world?
Student : Yes.
Prof. : Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything. Correct?
Student : Yes.
Prof. : So who created evil? (Student does not answer.)
Prof. : Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world don't they?
Student : Yes, sir.
Prof. : So, who created them? (Student has no answer.)
Prof. : Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son...Have you ever seen God?
Student : No, sir.
Prof. : Tell us if you have ever heard your God?
Student : No, sir.
Prof. : Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?
Student : No, sir. I'm afraid I haven't.
Prof. : Yet you still believe in Him?
Student : Yes.
Prof. : According to empirical, testable,demonstrable protocol, science says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?
Student : Nothing. I only have my faith.
Prof. : Yes. Faith. And that is the problem science has.
Student : Professor, is there such a thing as heat?
Prof. : Yes.
Student : And is there such a thing as cold?
Prof. : Yes.
Student : No sir. There isn't(The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)
Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don't have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero, which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it. (There is pin-drop silence in the lecture theatre.)
Student : What about darkness, Professor? Is there such a
thing as darkness?
Prof. : Yes. What is night if there isn't darkness?
Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light.... But if you have no light constantly, you have nothing and it's called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it were you would be able to make darkness, darker, wouldn't you?
Prof. : So what is the point you are making, young man?
Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.
Prof. : Flawed? Can you explain how?
Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death, as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved (Student is from a monkey)?
Prof. : If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.
Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?
(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realise where the argument is going.)
Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher? (The class is in uproar.)
Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain?
(The class breaks out into laughter.)
Student : Is there anyone here, who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir? (The room is silent. The professor stares at the student, his face unfathomable.)
Prof. : I guess you'll have to take them on faith, son.
Student : That is it sir. The link between man & god is FAITH. That is all that keeps things moving & alive.
KISAH 5 PERKARA ANEH
bu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya." Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'. Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah." Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
Isnin, 2008 Mei 05
KUASA SEORANG WANITA
Wanita adalah pengikut bagi kaum lelaki, begitulah ajaran Islam menetapkannya. wanita yang baik itusanggup menjadi isteri yang baik, ibu dan pekerja yang baik serta bertindak sebagai serikandi negara yang gigih. Wanita sering dilabelkan sebagai insan yang lemah dan kebanyakkan kaum lelaki tidak sedar bahawa kaum wanita turut mempunyai kuasa yang tersembunyi.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia"
Kuasa tersembunyi wanita
1) Kecantikannya
Wanita yang cantik dan berperibadi mulia itu boleh melembutkan hati lelaki,kecantikan wanita juga boleh dijadikan kuasa untuk menundukkan lelaki. Wanita yang cantik itu sebenarnya wanita yang tahu menjaga maruah sebagai kaum wanita, wanita yang berdikari, wanita yang taat kepada hukum ALLAH dan sentiasa berjuang kerana ALLAH.
2) Layanan Wanita
Wanita memang sikapnya suka melayan dan lelaki suka pula dilayan. Layanan yang baik dari seorang isteri sudah tentu boleh melembutkan hati suami dan membuahkan kasih sayang yang padu.
Layanan yang dimaksudkan adalah layanan fizikal dan spiritual. Layanan yang mesra dari seorang isteri akan menambat hati suami yang mana cara ini boleh memperkukuhkan ikatan untuk kebahagiaan bersama.
3) Pujukan Wanita
Wanita dilahirkan dengan fitrah pandai memujuk, pujukan seorang wanita boleh mempengaruhi tidak tanduk lelaki. Sebagai wanita yang beriman dan bertakwa kepada ALLAH akan dapat membimbing dan memujuk suaminya ke jalan yang diredhai ALLAH. Dalam sejarah, Siti Khadijah isteri Rasulullah s.a.w. yang lebih tua usianya dari Rasulullah s.a.w. telah menjadi pendorong yang kuat kepada Rasulullah s.a.w. untuk menempuh pelbagai ujian. Sewaktu Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu pertama baginda pulang dalam keadaan menggigil dan ketakutan. Siti Khadijahlah yang telah menenangkan dan mengembalikan semangat baginda dengan kata-kata yang lembut dan kata-kata perangsang.
Begitulah berpengaruhnya seorang wanita terhadap lelaki. Dunia akan selamat sekiranya wanita dapat mendorong lelaki terutama suami mereka dengan iman dan takwa kepada ALLAH s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Wanita solehah itu lebih baik daripada dunia dan seisinya"
RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT
"Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat saya berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian saya pergi ke masjid. Saya kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Saya berdiri dengan penuh kewaspadaan dan saya bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan saya bayangkan pula bahawa saya seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan saya menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian saya berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian saya rukun dan sujud dengan tawadhu', saya bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan saya memberi salam dengan ikhlas. Beginilah saya bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Selasa, 2008 April 22
10 HAK
1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi NERAKA pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.
8. HAK KEPADA RIDHWAN (Penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
SAHABAT YANG SOLEH
SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA
SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN
TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN, NERACANYA TAQWA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA
SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN
SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI, HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN
Isnin, 2008 April 07
LAST BREATH ( NAFAS TERAKHIR)
FROM THOSE ROUND, I HEAR A CRY,
A MOUTH SOFT, A HOPELESS SIGH,
I HEAR THEIR FOOTSTEPS LEAVING SLOW,
AND THEN I KNOW MY SOUL MUST FLY.
A CHILLY WIND, BEGIN TO BLOW,
WITHIN MY SOUL, FROM HEAD TO TOE,
AND THEN, LAST BREATH,
ESCAPES MY LIPS,
IT’S TIME TO LEAVE AND I MUST GO.
SO, IT IS TRUE,(BUT IT’S TOO LATE)
THEY SAID: EACH SOUL HAS ITS GIVEN DATE,
WHEN IT MUST LEAVE ITS BODY’S CORE,
AND MEET WITH ITS ETERNAL FATE.
OH MARK THE WORDS THAT I DO SAY,
WHO KNOWS? TOMORROW COULD BE YOUR DAY,
AT LAST, IT COMES TO HEAVEN OR HELL,
DECIDE WHICH NOW, DO NOT DELAY,
COME ON MY BROTHES,
LET’S PRAY,
DECIDE WHICH NOW, DO NOT DELAY.
OH GOD! OH GOD! I CANNOT SEE!
MY EYES ARE BLIND! AM I STILL ME?!
OR HAS MY SOUL BEEN LED ASTRAY,
AND FORCED TO PAY A PROCELESS FEE?!
ALAS TO DUST WE ALL RETURN,
SOME SHALL REJOICE,
WHILE OTHERS BURN,
IF ONLY I KNEW THAT BEFORE,
THE LINE GREW SHORT,
AND CAME MY TURN!
AND NOW, AS BENEATH THE SOD,
THEY LAY ME (WITH MY RECORD FLAWED),
THEY CRY, NOT KNOWING, I CRY WORSE,
FOR THEY GO HOME,
I FACE MY GOD!
10 WASIAT IMAM HASSAN ALBANNA
"Sejauh mana kita menghayatinya? Patuhkah kita dengan wasiat ini?
1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
